
Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy dan Pengerusi kuil, R Subramaniam memohon perubahan membabitkan bilangan penganut yang dibenarkan mengiringi pedati dan berada dalam pekarangan kuil, waktu operasi serta had umur penganut.
Ramasamy, yang juga Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang yang mentadbir semua kuil dan pertubuhan berkaitan di negeri itu berkata, bilangan penganut mengiringi pedati perlu ditambah daripada 100 kepada 500 orang.
Katanya, SOP yang diumumkan sebelum ini mengehadkan bilangan penganut kepada 100 ahli jawatankuasa kuil dan tidak adil kepada penganut lain.
Subramaniam berkata, had 3,000 penganut yang dibenarkan pada hari itu perlu dilonggarkan kepada 3,000 bagi setiap sesi sembahyang selama 30 minit memandangkan pekarangan kuil luas.
Kuil itu berkeluasan 2ha dan boleh memuatkan 10,000 orang, katanya.
Beliau berkata, kanak-kanak bawah usia 18 tahun harus dibenarkan menemani ibu bapa mereka yang telah lengkap vaksinasi.
Tambahnya, kuil itu patut dibenarkan dibuka dari 5 pagi pada 17 Jan hingga 11 malam pada 18 Jan, berbanding 5 pagi hingga 5 petang hanya pada hari Thaipusam.
Ramasamy berkata, pihak berkuasa sepatutnya merangka SOP mengikut saiz lokasi.
Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer turut berkata, penganut boleh bersembahyang di rumah mengikut SOP.