Ditahan di kelab malam: ADUN Perak dilepaskan

Ditahan di kelab malam: ADUN Perak dilepaskan

Peguam bela Terence Naidu, RSN Rayer berkata mahkamah memerintahkan supaya beliau dibebaskan.

Terence Naidu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Terence Naidu dilepaskan dari tahanan polis susulan penahannya kerana didakwa positif bahan terlarang.

Malaysiakini memetik peguamnya RSN Rayer mengesahkan perkara itu.

“Ya dia (Terence) ditahan. Saya hadir prosiding reman hari ini.

“Mereka (polis) meminta empat hari dan saya membantah reman itu. Mahkamah memerintahkan (untuk) dia dibebaskan,” katanya ketika dihubungi.

Naidu dari DAP dilantik semula menjadi ADUN Pasir Bedamar berhampiran Teluk Intan dalam pilihan raya umum (PRU) 2018.

FMT sebelum ini melaporkan seorang ADUN Perak ditahan selepas dikatakan sah positif dadah susulan serbuan di sebuah kelab malam di Perai, malam tadi.

Menurut sumber polis, beliau ditemui bersama 35 yang lain di kelab malam itu.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.