
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, tiga juta murid di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada bantuan itu.
“Murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak untuk menerima bantuan berkenaan.
“Sementara itu bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, pemberian BAP akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank, katanya.
“Sekiranya pemberian adalah secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.
Dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat Oktober tahun lalu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan BAP dinaikkan sebanyak RM150 berbanding RM100 yang diterima pelajar sebelum ini.