Video ‘seorang lelaki dipukul’ tular, 3 direman bantu siasatan

Video ‘seorang lelaki dipukul’ tular, 3 direman bantu siasatan

Susulan itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis mengesan sebuah video berdurasi dua minit yang ditularkan menerusi Facebook bertajuk ‘seorang lelaki dipukul’ di kawasan Kuala Sepetang, Taiping.
IPOH:
Tiga lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki dipukul di Kuala Sepetang di Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping, Osman Mamat, berkata semua lelaki berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan pada 9.45 malam semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

“Polis telah mengesan sebuah video berdurasi dua minit yang ditularkan menerusi Facebook bertajuk ‘seorang lelaki dipukul’ di kawasan Kuala Sepetang, Taiping.

“Rakaman video itu menunjukkan kejadian seorang lelaki dipukul oleh tiga lelaki,” katanya dalam kenyataan.

Osman berkata, susulan itu pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.