Dr M dibenar keluar IJN

Dr M dibenar keluar IJN

Bekas Perdana Menteri itu yang dimasukkan ke IJN pada 7 Jan lalu, discaj jam 3.45 petang tadi.

Dr Mahathir Mohamad, 96, dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian dan pemeriksaan penuh 16 Dis lalu.
PETALING JAYA:
Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dibenarkan pulang hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu yang dimasukkan ke IJN pada 7 Jan lalu discaj kira-kira jam 3.45 petang tadi.

Menerusi satu kenyataan, IJN berkata, prosedur itu “berjaya” dan menambah bahawa Mahathir akan “meneruskan proses pemulihannya di rumah”.

Mahathir, 96, dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian dan pemeriksaan penuh pada 16 Dis lalu.

Beliau dibenarkan keluar IJN pada 23 Dis selepas menjalani “siri siasatan perubatan”.

Mahathir mengalami serangan jantung sebanyak dua kali pada 1989 dan 2006 serta menjalani pembedahan pintasan pada 2007.

Pada Feb 2018, beliau dimasukkan ke hospital susulan jangkitan pada dada.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.