
Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Kasemani Embong berkata, masing-masing dua kes dikesan di daerah Kuala Terengganu, Besut dan Dungun, manakala satu kes di Kuala Nerus serta Kemaman.
“Mereka ini dikategorikan pesakit Tahap 1 dan 2, dengan kesemuanya sudah melengkapkan suntikan Covid-19.
“Semua kes ini tidak merebak dalam kalangan ahli keluarga atau komuniti memandangkan mereka terlebih dahulu menjalani kuarantin sebaik pulang daripada umrah,” katanya dipetik Harian Metro dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
Beliau berkata, kes baharu Covid-19 di Terengganu menunjukkan penurunan sejak tiga hari lalu, dengan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) pada nilai 0.87 setakat semalam.
Katanya, kes Covid-19 di Terengganu turut menunjukkan penurunan dengan jumlah kes harian di bawah 100 kes dalam tempoh tiga hari sehingga semalam.
“Dalam tempoh tiga minggu sebelum ini, kita agak risau dengan kemasukan kes ke hospital dan kematian yang agak tinggi di Terengganu tetapi dengan tindakan yang diambil, kemasukan kes ke hospital dan kematian juga berkurangan.
“Bagaimanapun kita sekarang berada pada fasa yang menyaksikan peningkatan kes dalam kalangan jemaah umrah dan kes Omicron, namun ia masih terkawal.”