Kanak-kanak 2 tahun dikhuatiri lemas, ibu temui selipar tepi sungai

Kanak-kanak 2 tahun dikhuatiri lemas, ibu temui selipar tepi sungai

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di Tambunan itu, pihak bomba menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada jam 6.53 petang.

Pasukan bomba menjalankan operasi mencari kanak-kanak yang hilang di Kampung Sungai Zon Kumareling, di Tambunan, semalam. (Gambar Bomba)
TAMBUNAN:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikhuatiri lemas selepas ibunya menemui selipar mangsa di tepi sungai di Kampung Sungai Zon Kumareling, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, pihak bomba menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada 6.53 petang.

“Pasukan Bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Menerusi maklumat awal, mangsa adalah Mohammad Syaril yang berusia dua tahun. Mangsa dipercayai hilang di sungai berdasarkan kepada penemuan selipar miliknya di tepi sungai,” kata jurucakap bomba ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, maklumat berhubung operasi mencari kanak-kanak terbabit akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.