Kumpulan media desak perlindungan lebih baik terhadap wartawan ‘whistleblower’

Kumpulan media desak perlindungan lebih baik terhadap wartawan ‘whistleblower’

Pihak berkuasa didesak melakukan siasatan berhubung dakwaan dihadapi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, bukannya mengganggu wartawan yang menulis berhubung pemilikan sahamnya.

Lalitha Kunaratnam bercakap dalam majlis komuniti di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, pada Mei 2019. (Gambar Facebook Lalitha Kunaratnam)
PETALING JAYA:
Dua kumpulan media mengetengahkan kegagalan kerajaan dalam melindungi sepenuhnya wartawan penyiasat, susulan tindakan perundangan yang diambil terhadap seorang wartawan selepas mengaitkan kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pemilikan saham.

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka, berkata wartawan penyiasat seperti Lalitha Kunaratnam, sudah mengemukakan laporan berasaskan fakta mencetuskan persoalan munasabah membabitkan kepentingan awam.

Bagaimanapun, saman fitnah yang dibuat Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, juga menimbulkan persoalan berhubung peranan SPRM dan kerajaan dalam membanteras rasuah di negara ini.

Kedua-dua kumpulan berkenaan, berkata sebaliknya, SPRM dan kerajaan menyiasat dakwaan berkenaan dan ‘bukannya wartawan’.

Lalitha Kunaratnam.

“Kerajaan bukan sahaja gagal menangani dakwaan rasuah, tetapi mereka juga gagal menyediakan perlindungan terhadap wartawan penyiasat yang turut memainkan peranan sebagai pemberi maklumat,” katanya dalam kenyataan bersama.

Mereka berkata, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, juga perlu dikaji ruang lingkupnya berhubung perlindungan dan pengukuhan.

Mereka juga mendesak Azam menarik semula surat tuntutan dan berhenti melakukan gangguan terhadap wartawan. Lalitha dituntut mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari, memadamkan artikel berkaitan Azam dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana mencemarkan reputasinya.

Peguam Azam berkata, sekiranya beliau gagal berbuat demikian, mereka akan meneruskan kes berkenaan ke mahkamah kerana memfitnah.

Artikel Lalitha diterbitkan laman web Independent News Service pada Dis.

Pada Rabu, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) membersihkan Azam daripada salahlaku berhubung pembelian dan pemilikan saham korporat, pada 2015. Azam mendedahkan, beliau sukarela membenarkan adiknya, menggunakan akaun dagangan miliknya.

Hari ini, Kementerian Dalam Negeri berkata, polis akan memulakan siasatan selepas menerima laporan terhadapnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.