
PETALING JAYA: Seorang pegawai Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dipuji oleh anggota Exco Ng Sze Han kerana kekal tenang walaupun diugut ketika mengeluarkan saman trafik.
Satu video yang dimuat naik ke Facebook oleh warganet Izzan Rashid yang tular semalam menunjukkan seorang individu menjerit dan mengugut pegawai itu dengan keganasan.
Ng memberitahu FMT: “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pegawai MPKS dalam video itu yang menangani situasi itu dengan tenang. Beliau tidak membalas. Ia ada teladan yang baik.
“Tetapi saya juga ingin mengingatkan orang ramai, tindakan seperti ini – menghalang penjawat awam menjalankan tugas awam mereka – melanggar undang-undang.”