MBSA sasar selesai keluarkan sampah sisa banjir Ahad

MBSA sasar selesai keluarkan sampah sisa banjir Ahad

Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan berkata proses pembersihan 21 lokaliti terjejas banjir di kawasan pentadbiran MBSA, sudah mencapai 80% setakat ini.

Sebanyak 34,188 tan metrik sisa sampah banjir telah dikeluarkan dari lokasi yang terjejas banjir bagi kawasan pentadbiran MBSA sehingga semalam, kata Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan.
SHAH ALAM:
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyasarkan keseluruhan sampah sisa banjir di 21 lokaliti termasuk Taman Sri Muda, Seksyen 25 yang terkesan banjir, dapat dikeluarkan sehingga Ahad ini.

Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan berkata proses pembersihan 21 lokaliti terjejas banjir di kawasan pentadbiran MBSA, sudah mencapai 80% setakat ini.

“Isnin depan, kita akan masuk fasa kedua hingga 20 Jan. MBSA jangka sampah akan datang kembali apabila ada penduduk yang mahu bersihkan semula (rumah),” katanya kepada pemberita ketika memantau pembersihan pascabanjir di Taman Sri Muda, di sini hari ini.

Beliau berkata proses pembersihan dijalankan oleh pelbagai agensi termasuk badan bukan kerajaan hampir 24 jam sehari, dengan fokus diberikan kepada kawasan kediaman pada waktu siang dan kawasan industri dan komersial pada waktu malam.

Katanya secara keseluruhan sebanyak 34,188 tan metrik sisa sampah banjir telah dikeluarkan dari lokasi yang terjejas banjir bagi kawasan pentadbiran MBSA sehingga semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.