Mayat lelaki dihanyut arus deras ditemui

Mayat lelaki dihanyut arus deras ditemui

Ketua Polis Daerah Beluran Kasim Muda berkata mangsa berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Kaerul itu adalah pekerja ladang warga Filipina.

Menurut polis, mangsa dipercayai cuba menyeberang jalan yang dinaiki air setinggi hampir 1.5 meter pada 31 Dis lalu sebelum dihanyutkan arus deras. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Mayat seorang lelaki ditemui di Sungai Osum Sugut, Beluran selepas dihanyutkan arus deras di sebuah ladang berhampiran Kampung Kinadaan tengah hari semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Beluran, Kasim Muda, mangsa berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Kaerul itu adalah pekerja ladang warga Filipina.

Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 1.20 tengah hari dalam keadaan tersepit pada kayu dan batu di tebing sungai berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan pelbagai agensi sejak lima hari lalu.

“Mayat lelaki itu kemudiannya dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Berita Harian.

Katanya, mangsa dipercayai cuba menyeberang jalan yang dinaiki air setinggi hampir 1.5 meter pada 31 Dis lalu sebelum dihanyutkan arus deras.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.