
Turut hadir menyaksikan istiadat secara hibrid itu ialah Ketua Menteri Abang Johari Openg dan isteri Juma’ani Tuanku Bujang.
Majlis angkat sumpah itu didahului oleh tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Douglas Uggah Embas, Awang Tengah Ali Hasan dan Dr Sim Kui Hian diikuti menteri antaranya Fatimah Abdullah, Stephen Rundi Utom, Abdul Karim Rahman Hamzah, Lee Kim Shin, John Sikie Tayai, Julaihi Narawi dan Roland Sagah Wee Inn.
Ini diikuti menteri muda yang terdiri daripada Francis Harden Hollis, Dr Jerip Susil, Liwan Lagang, Rosey Yunus, Len Talif Saleh, Dr Abdul Rahman Junaidi, Dr Abdul Rahman Ismail, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr Annuar Rapaee, Malcolm Mussen Lamoh, Dr Penguang Manggil, Snowdan Lawan, Abdullah Saidol dan Sebastian Ting Chiew Yew.
Barisan Kabinet Sarawak yang terdiri 10 Menteri dan 26 Menteri Muda itu turut menampilkan 12 muka baharu iaitu Gerawat Gala, Dr Hazland Abang Hipni, Dr Juanda Jaya, Aidel Lariwoo, Henry Harry Jinep, Dr Ripin Lamat, Mohamad Razi Sitam, Martin Ben, Majang Renggi, Jefferson Jamit Unyat, Gerald Rentap Jabu dan Micheal Tiang Ming Tee.
Abang Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gedong dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), telah mengangkat sumpah pada 18 Dis lepas setelah gabungan politik tempatan itu memenangi pilihan raya negeri (PRN) ke-12.
GPS, yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), telah memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertanding dalam pilihan raya itu.