Saman fitnah Zakir Naik terhadap peguam dibicara di P Pinang

Saman fitnah Zakir Naik terhadap peguam dibicara di P Pinang

Pendakwah itu memfailkan saman terhadap Raveentharan Subramaniam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung lima catatan Facebook yang didakwa berunsur fitnah pada 2019.

Pendakwah Zakir Naik gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk membicarakan saman fitnahnya terhadap peguam Raveentharan Subramaniam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
GEORGE TOWN:
Saman fitnah yang difailkan oleh pendakwah Dr Zakir Naik terhadap seorang peguam akan dibicarakan di Pulau Pinang susulan kegagalannya mendapatkan kebenaran di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Menerusi perbicaraan dalam talian, hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat menolak permohonan kebenaran Zakir dan memerintahkan beliau membayar kos RM30,000.

Pendakwah itu memfailkan saman fitnah terhadap peguam Raveentharan Subramaniam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung lima catatan Facebook yang didakwa berunsur fitnah pada 2019.

Raveentharan, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang, kemudian berjaya memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang.

Zakir mencabar pemindahan itu di Mahkamah Rayuan. Selepas mahkamah mengetepikan cabarannya, beliau memohon kebenaran untuk merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Beliau diwakili Sulaiman Abdullah, Rafie Shafie dan Akberdin Abdul Kader, manakala Raveentharan diwakili Tharumarajah Thiagarajan, P Kernail Singh dan Asmeeta Rajendran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.