
Daripada jumlah itu, empat diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah 31,532 kes.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu lima kes, diikuti Terengganu (empat), Johor (tiga), Sabah (dua) and Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).
Tiada kematian direkodkan di Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,606 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 284 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 156 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,291 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 2,764,354.