Tiada himpunan pencarum KWSP tuntut i-Citra RM10,000

Tiada himpunan pencarum KWSP tuntut i-Citra RM10,000

Alasan pembatalan himpunan aman solidariti itu difahamkan kerana tidak mendapat permit polis.

Polis memantau laluan jalan di hadapan Sogo sehingga ke hadapan Bangunan KWSP Jalan Raja Laut sejak 8 pagi tadi.
PETALING JAYA:
Tiada himpunan aman solidariti pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuat pagi tadi.

Difahamkan, himpunan yang mahu menuntut pengeluaran i-Citra RM10,000 itu dibatalkan pada saat-saat akhir berikutan kegagalan mendapat permit polis.

Himpunan itu yang sepatutnya bermula pada 8.30 pagi tadi di hadapan pusat membeli belah Sogo dilihat lengang tanpa kehadiran peserta.

Tinjauan FMT mendapati laluan jalan di hadapan Sogo sehingga ke Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut dipantau polis sejak 8 pagi tadi.

Terdahulu, media mendapat jemputan ke himpunan aman yang akan diadakan di hadapan Sogo ke Bangunan KWSP Jalan Raja Laut.

Dalam jemputan itu, himpunan yang sepatutnya dihadiri oleh pencarum KWSP dengan berpakaian baju putih itu turut diuar-uarkan di laman Facebook.

Pada 26 Dis lalu, kerajaan tidak bercadang membenarkan pengeluaran i-Citra KWSP sebanyak RM10,000 sekali lagi walaupun didesak beberapa pemimpin politik selepas rakyat berdepan bencana banjir.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana kerajaan sudah menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat dan individu bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

Ismail berkata, selepas memberi dua kali pengeluaran wang KWSP, sebanyak 20% pencarum Melayu dan Bumiputera hanya mempunyai baki RM1,000 dalam simpanan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.