
Kasturi Narayanasamy, 45, terlepas daripada tali gantung selepas Pesuruhjaya Kehakiman Hasbullah Adam memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes terhadapnya tanpa keraguan munasabah.
Guru Geografi dan Pendidikan Moral itu ditahan pegawai kastam di Pos Laju berkenaan di Kepong, Selangor, pada 8.20 pagi pada 9 April 2019.
Mereka menemui 7,457 pil methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 1,336.5g dalam dua bungkusan berkenaan.
Kasturi mengaku tidak bersalah selepas didakwa mengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Sepanjang kes itu, dia ditahan reman kerana jaminan tidak dibenarkan.
Kasturi diwakili peguam Sivahnanthan Ragava manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad.