Petronas nafi dakwaan bekerjasama dengan Serba Dinamik pada Ekspo 2020 Dubai

Petronas nafi dakwaan bekerjasama dengan Serba Dinamik pada Ekspo 2020 Dubai

Petronas menafikan sebarang bentuk kerjasama dengan Serba Dinamik untuk bersama-sama menarik pelabur dalam mana-mana projek ketika Ekspo 2020 Dubai.

Petronas dalam kenyataan berkata, syarikat minyak dan gas negara itu tidak mempunyai sebarang bentuk kerjasama dengan Serba Dinamik dalam Ekspo 2020 Dubai.
KUALA LUMPUR:
Petronas menafikan sebarang kerjasama dengan Serba Dinamik Holdings Bhd (Serba Dinamik) untuk bersama-sama menarik pelabur dalam mana-mana projek ketika Ekspo 2020 Dubai.

Syarikat gergasi minyak itu berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan pasukan undang-undang Serba Dinamik, yang dilaporkan dalam FMT, hari ini, bertajuk “Serba Dinamik CEO charged over alleged false statement on company affairs.”

Menurut laporan itu, peguam Muhammad Shafee Abdullah, berkata Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Mohd Abdul Karim Abdullah, akan menghadiri ekspo perdagangan itu pada bulan depan untuk menarik pelabur, dan “Serba Dinamik dan Petronas akan membawa masuk pelaburan sebanyak RM33.9 bilion.”

Petronas dalam kenyataannya hari ini berkata: “Petronas menafikan sebarang bentuk kerjasama dengan Serba Dinamik untuk bersama-sama menarik pelabur dalam mana-mana projek ketika Ekspo 2020 Dubai, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan ini, tiada sebarang kerjasama lain untuk bersama-sama menarik pelabur melalui platform lain.”

Abdul Karim didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu berhubung hal ehwal Serba Dinamik kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.