
“Adakah Kementerian Pendidikan lupa sambutan Kaamatan jatuh pada 30 dan 31 Mei, manakala sambutan Gawai diraikan pada 1 Jun?” soalnya dalam kenyataan, hari ini.
Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, mempersoalkan pihak berwajib gagal mempertimbangkan sentimen rakyat Sabah dan Sarawak, dalam melengkapkan kalendar persekolahan akan datang.
Sambil memetik takwim, yang menetapkan cuti penggal pertama pada 4 hingga 12 Jun, beliau berkata, tindakan berkenaan mengundang “kemarahan” penduduk di Malaysia Timur kerana dianggap tidak sensitif.
Katanya, ramai yang menetap di Semenanjung kini berdepan risiko tidak sempat melakukan perjalanan pulang bagi meraikan dua hari cuti penting itu.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan membangkitkan perkara itu kepada Kementerian Pendidikan bagi mencari penyelesaian.