Banjir: Mayat mangsa banjir ditemui dekat timbunan sisa kayu

Banjir: Mayat mangsa banjir ditemui dekat timbunan sisa kayu

Mangsa korban banjir di Pahang itu dijumpai 1.5km dari lokasi dilaporkan hilang.

Pada hari kejadian, mangsa dikatakan memindahkan barang sebelum hilang dihanyut arus. (Gambar Bomba)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki yang dilapor hilang dalam kejadian banjir di Kampung Tanjung, Karak dekat Kuantan, Isnin lalu ditemui mati di kawasan timbunan sisa kayu hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat K Barathan, 28, ditemukan pada 10.40 pagi oleh orang awam kira-kira 1.5km dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Balai Bomba dan Penyelamat Karak pada Isnin menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang hilang semasa memindahkan barang ketika banjir. Laporan polis dibuat bapa mangsa setelah anaknya itu tidak dapat dihubungi.

“Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan di Kampung Tanjung, Karak dan sekitar sungai berhampiran, sebelum orang awam berjaya menemukan mangsa hari ini. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.