Covid-19: Kluster kapal dagang di Sabah, 22 dijangkiti

Covid-19: Kluster kapal dagang di Sabah, 22 dijangkiti

Kluster Bahtera Kinabalu dikesan di ibu negeri.

Seramai 22 anak kapal disahkan positif dalam kluster itu.
KOTA KINABALU:
Satu kapal dagang dikesan menjadi punca kluster tempat kerja baharu Covid-19 di ibu negeri, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata, Kluster Bahtera Kinabalu dicetuskan seorang anak kapal MV Orbit Petra.

Katanya, ujian saringan lanjut melibatkan anak kapal lain mendapati 21 orang turut dijangkiti.

“Anak kapal berkenaan sedang diberikan rawatan sewajarnya,” katanya hari ini dalam analisis awal Covid-19.

Sementara itu, Masidi berkata, Sabah merekodkan 127 kes harian baharu dalam tempoh 24 jam lalu iaitu pengurangan 41 berbanding semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.