
Dalam makluman di Facebook, MBSA berkata, lokasi PPS yang terlibat adalah Dewan Kenanga Seksyen 28, CIAST Seksyen 19, Politeknik Shah Alam, Masjid Negeri dan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2 Seksyen 28.
“Pihak MBSA ada menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa mangsa banjir di PPS yang dibenarkan pulang setelah kawasan kediaman mereka dikenal pasti selamat,” katanya.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bilik Gerakan PANTAS MBSA di talian 03- 55105811.
Dalam pada itu, MBSA turut memberi peringatan kepada penduduk Shah Alam agar terus waspada berikutan hujan lebat di beberapa tempat di sekitar Shah Alam sejak pagi tadi.
Dalam makluman berasingan, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan amaran ribut petir dan angin kencang berlaku di Selangor pagi ini.
Antara daerah yang terlibat adalah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya di Facebook.