
Pegawai tertinggi polis itu berkata demikian pada sidang media di Taman Sri Muda.
“Saya lihat insiden berlaku di Taman Sri Muda ini, Shah Alam khususnya, kita dapati koordinasi semua agensi memang pada awalnya agak perlahan tetapi selepas hari kedua, kita telah menggerakkan dan mengkoordinasi semua tindakan daripada semua agensi.”
Acryl berkata, respons perlahan itu berlaku ketika keadaan banjir masih di paras bahaya.
“Ketika itu keadaan banjir masih di paras bahaya.
“Walaupun peringkat awal agak perlahan tapi apabila keadaan mangsa meningkat kita telah tingkatkan keupayaan menyelamat, melibatkan semua agensi, termasuk menghantar bekalan makanan.”
Acryl berkata, polis menghadapi cabaran besar membantu mangsa banjir di Shah Alam disebabkan kawasan itu padat dengan penduduk.
“Mangsa banjir berada di kediaman teres dan pangsapuri…di sini petempatan padat. Memang kita hadapi cabaran besar.”
Mengenai dakwaan talian kecemasan MERS 999 gagal dihubungi, Acryl Sani berkata, ini kali pertama beliau mendengar talian itu tidak dapat dihubungi mangsa banjir.
“Talian ini sepatutnya berfungsi setiap jam…saya akan dapatkan maklumat secara terperinci.”
Acryl juga mengarahkan semua Ketua Polis Daerah membenarkan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) membuat laporan polis di sana.
“Pada masa sama, terdapat mangsa banjir tidak dapat keluar atas sebab tertentu, beberapa aset polis digerakkan untuk mencari mereka.”