Dr M selesai jalani rawatan di IJN

Dr M selesai jalani rawatan di IJN

IJN berkata Ahli Parlimen Langkawi itu menjalani beberapa siri siasatan perubatan dan bersedia untuk keluar seperti dijadualkan.

Pada 16 Dis, Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut.
PETALING JAYA:
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada jam 11.30 pagi tadi selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 16 Dis.

Dalam satu kenyataan IJN berkata, Ahli Parlimen Langkawi itu menjalani beberapa siri siasatan perubatan dan bersedia untuk keluar seperti dijadualkan.

“Mahathir dan isteri, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan beliau sepanjang minggu lalu sejak dimasukkan ke IJN,” menurut kenyataan itu.

Pada 16 Dis, Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.