
Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin berkata, harga ayam – komponen terbesar daging dan sumber protein utama untuk rakyat Malaysia – meningkat 16.7% tahun ke tahun, kesan kenaikan harga makanan ternakan.
Harga ikan kembung, satu lagi pilihan protein popular, meningkat 6.1%, manakala susu, keju dan telur naik 4.2%.
Sayur-sayuran juga lebih mahal, dengan harganya meningkat 3.4% tahun ke tahun.

Tetapi, harga purata sesetengah barang adalah stabil, manakala yang lain mengalami sedikit penurunan.
“Bagi November 2021, antara barangan yang tidak menunjukkan perubahan adalah perkhidmatan komunikasi, yuran pendidikan dan bayaran tol.
“Sementara itu, antara barangan yang menunjukkan penurunan harga adalah pakaian dan kasut (-0.4%) serta vitamin (-1.7%),” kata Uzir dalam kenyataan.