
PETALING JAYA: Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan 10 individu, termasuk sembilan beranak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) akan didakwa esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Mohd Fairus Jaafar dipetik Berita Harian berkata, suspek berusia 37 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 9 pagi mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Reman empat hari pemandu itu berakhir esok bagi membantu siasatan kemalangan membabitkan treler dipandunya dan tiga kereta yang menyebabkan 10 mangsa maut kelmarin.
Mangsa korban termasuk sembilan beranak, iaitu ibu serta lapan anaknya, selain seorang lelaki.