
Dua mangsa ditemui pada 1 pagi, manakala seorang lagi pada 5 pagi oleh orang awam dan bomba ketika kerja-kerja menyelamat dilakukan.
Mengesahkan perkara itu kepada Bernama TV, Ketua Polis Shah Alam Baharudin Mat Taib berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.
Kawasan berkenaan antara yang terjejas serta dinaiki air sejak Sabtu, susulan banjir kilat di beberapa daerah di Selangor.
Semalam, mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemui selepas paras air banjir surut di kawasan sekitar sebuah pangsapuri di Seksyen 22, Shah Alam.
Mayat lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu dilaporkan ditemui orang awam kira-kira 7.50 malam, selepas paras air banjir di kawasan berkenaan mula menurun sejak petang.