Banjir di Lembah Klang mula surut, kata bomba

Banjir di Lembah Klang mula surut, kata bomba

Kebanyakan kawasan sudah mulai surut namun ada kawasan berdekatan dengan sungai keadaan airnya statik.

Di kawasan Taman Sri Muda, kebanyakan laluan dan kawasan perumahan teres masih terjejas banjir.
SHAH ALAM:
Banjir yang melanda Lembah Klang akibat hujan lebat bermula pagi Jumaat hingga awal pagi tadi mulai surut secara berperingkat sejak pagi tadi, kata Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis.

“Kebanyakan kawasan sudah mulai surut namun ada kawasan yang berdekatan dengan sungai boleh dilihat keadaan airnya statik seperti di Taman Sri Muda,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, tinjauan udara Bernama menggunakan helikopter mendapati keadaan banjir masih belum surut di sesetengah kawasan Lembah Klang.

Di kawasan Taman Sri Muda, kebanyakan laluan dan kawasan perumahan teres masih terjejas banjir.

Tinjauan di sekitar Seksyen 13 turut menyaksikan sebahagian kawasan di situ masih digenangi air sehingga menyukarkan mana-mana kenderaan untuk melaluinya.

Kawasan lain yang masih terjejas termasuk Taman Sri Nanding dan Batu 18 di Hulu Langat.

Kebanyakan mangsa didapati tidak perlu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, sebaliknya hanya terdesak untuk mendapatkan bantuan makanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.