PRN Sarawak: DAP kalah teruk; PKR, Amanah ‘bungkus’

PRN Sarawak: DAP kalah teruk; PKR, Amanah ‘bungkus’

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, DAP terpaksa berpuas hati menang dua kerusi berbanding tujuh yang dimenangi pada PRN Sarawak 2016.

Kekalahan pada PRN Sarawak hampir mengulangi episod sama yang berlaku kepada PH pada PRN Melaka, di mana gabungan itu sekadar menang lima kerusi, berbanding 15 kerusi pada PRU14.
KUCHING:
Pakatan Harapan (PH) dijangka merekodkan kekalahan terburuk di Sarawak selepas DAP hanya menang di dua kerusi manakala PKR dan Amanah tewas di semua kerusi ditandingi mereka.

Pada PRN Sarawak 2016, DAP menang tujuh kerusi, manakala PKR menang tiga kerusi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, PRN Sarawak kali ini menyaksikan DAP terpaksa berpuas hati dengan dua daripada 24 kerusi ditandingi, manakala PKR memaparkan prestasi sama seperti di PRN Melaka – tewas di semua 28 kerusi. Amanah juga tewas di semua lapan kerusi ditandingi.

DAP kekal menguasai kerusi Pending dan Padungan, manakala kalah di Pujut, Pelawan, Tanjong Datu dan Bukit Assek.

Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen menang di Padungan manakala Violet Yong unggul di Pending.

Kekalahan pada PRN Sarawak hampir mengulangi episod sama yang berlaku kepada PH pada PRN Melaka, di mana gabungan itu sekadar menang lima kerusi, berbanding 15 kerusi pada PRU14.

Terdahulu, dilaporkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang besar, selepas menguasai majoriti lebih 2/3, dengan memperolehi 76 daripada 82 kerusi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.