GPS tak akan terima ‘katak’, kata Abang Jo selepas menang besar

GPS tak akan terima ‘katak’, kata Abang Jo selepas menang besar

Abang Johari Openg berkata rakyat Sarawak beri mandat kepada GPS.

Abang Johari Openg berkata kemenangan GPS meletakkan Sarawak sama taraf dengan Semenanjung sebagai ‘rakan serantau’.
KUCHING:
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Abang Johari Openg, berkata gabungannya tidak akan menerima ahli politik yang berpaling tadah, susulan kemenangan besar pada PRN malam tadi.

“Kami tak suka ‘katak’ dan tak mahu ‘katak’,” katanya.

Beliau berkata, keputusan hari ini bukti rakyat Sarawak sedar hanya orang Sarawak boleh menjaga kepentingan mereka.

Menurut Abang Johari, kemenangan GPS meletakkan Sarawak sama taraf dengan Semenanjung sebagai “rakan serantau”.

“Rakyat berikan mandat untuk mendahulukan Sarawak. Rakyat beri isyarat jelas bahawa kestabilan politik amat penting untuk membawa kemajuan ke Sarawak.”

Katanya, keputusan PRN ini memperkasakan agenda ekonomi GPS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.