PRN Sarawak: GPS menang 75 kerusi, PSB 4, DAP 2

PRN Sarawak: GPS menang 75 kerusi, PSB 4, DAP 2

Perkembangan semasa PRN Sarawak.

11:50 malam: GPS diisytiharkan menang 75 kerusi, manakala PSB menang empat dan DAP dua kerusi.

SPR berkata keputusan untuk DUN Mulu hanya boleh diumum pada Ahad. Ia tertangguh atas sebab keselamatan.

9:45 malam: GPS diisytiharkan menang 55 kerusi.

Sementara itu, PBS menang 2 kerusi dan DAP 2 kerusi.

9:13 malam: Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, diisytiharkan menang di Padungan.

Beliau memperoleh 4,686 undi dengan majoriti 1,198 undi.

Sementara itu, DAP turut diisytiharkan menang di Pending,

Calon DAP (Violet Yong) meraih 5,188 undi dengan majoriti nipis 540 undi.

8:58 malam: GPS diisytiharkan menang 42 kerusi, iaitu majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, pimpinan GPS menyambut pengumuman Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, dengan laungan “Hidup GPS” dan “GPS menang”.

8:48 malam: GPS dikatakan menang 74 kerusi, menurut keputusan tidak rasmi.

8:37 malam: GPS diisytiharkan menang di 40 kerusi.

Dalam pada itu, PSB menang 2 kerusi.

8:26 malam: DAP tewas di Pujut selepas GPS diisytiharkan menang.

Calon GPS (Adam Yii) meraih 5,558 undi, dengan majoriti 1,566 undi.

8:05 malam: GPS diisytiharkan menang di Tanjong Datu, menerusi anak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem.

Calon GPS (Azizul Annuar) meraih 5,423 undi, dengan majoriti 4,502 undi.

Sementara itu, GPS dilaporkan menang Bukit Saban.

Calon GPS (Douglas Uggah Embas) meraih 5,373 undi, dengan majoriti 3,988 undi.

7:58 malam: GPS diisytiharkan menang di 19 kerusi.

Sementara itu, keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS sudah mencapai majoriti mudah 42 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

7:45 malam: Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, menyertai pimpinan GPS lain di Pusat Konvensyen Borneo Kuching selepas menang DUN Gedong.

7:43 malam: PSB diisytiharkan menang di Engkilili.

Calon PSB (Johnical Rayong Ngipa) meraih 3,246 undi, dengan majoriti 1,191 undi.

7:40 malam: GPS diisytiharkan menang di Bukit Sari, Balingian, dan Tellian.

Di Bukit Sari, calon GPS (Awang Tengah Ali Hassan) meraih 6,385 undi.

Di Balingian, calon GPS (Abdul Yakub Arbi) meraih 4,050 undi.

Di Tellian, calon GPS (Royston Valentine) meraih 4,282 undi.

Di Bukit Begunan, calon GPS (Mong Dagang) meraih 4,054 undi.

7:30 malam: GPS diisytiharkan menang di Gedong.

Calon GPS (Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg) meraih 4,310 undi, dengan majoriti 3,607 undi.

Sementara itu, GPS turut menang di Layar.

Calon GPS (Gerald Rentap Jabu) meraih 3,891 undi, dengan majoriti 2,039 undi.

7:24 malam: GPS diisytiharkan menang di Beting Maro, Asajaya, dan Balai Ringin.

Di Beting Maro, calon GPS, Razaili Gapor, meraih 3,769 undi, dengan majoriti 1,711 undi.

Di Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah, meraih 6,380 undi, dengan majoriti 4,531 undi.

Di Balai Ringin, Snowdan Lawan, meraih 4,816 undi, dengan majoriti 1,285 undi.

7:15 malam: PSB diisytiharkan menang di Ba’kelalan.

Calon PSB (Baru Bian) menang dengan 2,687 undi. Pesaing terdekat, calon GPS (Sam Laya) meraih 2,007 undi.

7.04 malam: GPS dijangka menang di 10 kerusi. Belum disahkan SPR.

Menurut Bernama, kerusi berkenaan adalah Balingian, Gedong, Bukit Saban, Bukit Sari, Semop, Baleh, Dalat, Kuala Rajang, Murum, dan Tellian.

7 malam: GPS mendahului pesaing di Dudong dan Bukit Saban.

Di Dudong, calon GPS (Tiong King Sing) meraih 4,295 undi, diikuti calon PSB (Wong hui Ping) dengan 1,468 undi.

Di Bukit Saban, calon GPS (Douglas Uggah Embas) meraih 3,394 undi, diikuti calon PSB (Andria Gelayan Dundang) dengan 936 undi.

6:57 petang: PSB dilaporkan mendahului di Ba’kelalan.

Borneo Post melaporkan calon PSB (Baru Bian) di depan dengan 2,421 undi, diikuti calon GPS (Sam Laya) dengan 1,838 undi.

6:53 petang: GPS mendahului di Asajaya dengan bergaya.

Calon GPS (Abdul Karim Rahman Hamzah) mendahului tiga pesaing dengan 6,107 undi, diikuti PSB (Ishak Buji) dengan 1,786 undi.

6:50 petang: GPS dijangka menang 21 kerusi, setakat 6.30 petang tadi, menurut Borneo Post. Belum disahkan SPR.

6:47 petang: PSB dilaporkan berjaya memintas GPS di Bawang Assan.

Borneo Post melaporkan calon PSB (Wong Soon Koh) meraih 3,504 undi, diikuti calon GPS (Robert Lau Hui Yew) dengan 2,913 undi.

6:46 petang: GPS mendahului pesaing di Muara Tuang.

Calon GPS (Idris Buang) meraih 5,097 undi, manakala pesaing terdekat, calon PSB (Yakup Khalid) meraih 1,361 undi.

6:42 petang: GPS isytihar menang di DUN Belaga. Belum disahkan SPR. Calon GPS (Liwan Lagang) meraih 3,552 undi, dengan kelebihan 2,245 undi.

6:40 petang: GPS dijangka menang di DUN Kemena. Belum disahkan SPR. Stephen Rundi Utom di depan pesaing dengan lebih 6,000 undi di tangan.

6:34 petang: GPS jauh meninggalkan pesaing di Kemena.

Sin Chew melaporkan calon GPS (Stephen Rundi Utom) meraih 6,270 undi, berbanding pesaing terdekat dari PSB (Bernard Tahim Bael) yang meraih 2,583 undi.

6:30 petang: GPS mendahului di Stakan, jauh meninggalkan pesaing terdekat, PSB.

Calon GPS (Hamzah Ibrahim) meraih 5,442 undi, manakala calon PSB (George Young Si Ricord Junnior) meraih 1,426.

6:23 petang: Ali Biju dari Bersatu yang bertanding sebagai calon bebas di Krian meraih 1,228 undi meskipun menarik diri dari berkempen.

Meskipun begitu, Malaysiakini melaporkan GPS (Friday Belik) mendahului dengan 2,083 undi, diikuti PSB (Musa Dinggat) 1,569 undi.

6:16 petang: GPS isytihar menang di DUN Sebuyau. Belum disahkan SPR. Calon GPS (Julaihi Narawi) dikatakan meraih 4,937 undi, dengan majoriti 4,134 undi.

6:14 petang: GPS mendahului di Bawang Assan tetapi diikut rapat PSB. Calon GPS (Robert Lau Hui Yew) setakat ini meraih 2,580 undi, manakala PSB (Wiong Soon Koh) 2,259 undi.

6:00 petang: GPS mendahului pesaing di DUN Stakan, Tellian, Sebuyau, Baleh, Murum, Belaga, Tebedu, Bukit Sari, dan Batu Kawah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.