
Ketetapan itu disebut dalam usul yang dibaca oleh Timbalan Pengerusi Tetap Umno Bahagian Ketereh Mat Riffin Said, dalam mesyuarat dirasmikan Annuar Musa, selaku Ketua Bahagian.
“Menyedari bahawa Umno melalui Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kini telah mendapat sokongan dan mandat untuk memimpin kerajaan dan negara sekali lagi.
“Persidangan perwakilan Umno Bahagian Ketereh mengambil ketetapan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan usaha beliau memulihkan kembali negara dari aspek ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial,” katanya.
Katanya, selain itu, perwakilan menyarankan agar pemimpin bersama ahli memberi tumpuan memperkasa dan mengukuhkan parti, merapatkan saf serta meningkatkan perpaduan sesama ahli, sekali gus berusaha memenangi hati rakyat dan pengundi.
“Menegaskan bahawa Umno perlu kembali memainkan peranan utama sebagai parti yang memimpin penyatuan dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera. Seterusnya, kembali memainkan peranan sebagai parti tunjang menyatukan dan mengharmonikan rakyat dalam negara,” katanya.