TM sedia perkhidmatan pajakan gentian kepada DNB bagi keperluan infrastruktur 5G

TM sedia perkhidmatan pajakan gentian kepada DNB bagi keperluan infrastruktur 5G

Lembaran terma meliputi '5G Radio Access Network (RAN)-to-Edge Fronthaul and Backhaul’ sebagai penawaran pajakan gentian menyeluruh tunggal dengan nilai kontrak berjumlah RM2 bilion bagi tempoh 10 tahun.

Lembaran terma yang dimeterai akan berkuat kuasa dari 28 Ogos, 2021 dan kekal sah dan efektif sehingga terma perkhidmatan 10 tahun tapak sel dioperasi terakhir berakhir melainkan ditamatkan lebih awal oleh pihak-pihak.
KUALA LUMPUR:
Telekom Malaysia Bhd (TM) memeterai dokumen lembaran terma dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi perkhidmatan pajakan gentian.

TM dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, lembaran terma itu meliputi ‘5G Radio Access Network (RAN)-to-Edge Fronthaul and Backhaul’ sebagai penawaran pajakan gentian menyeluruh tunggal dengan nilai kontrak berjumlah RM2 bilion bagi tempoh 10 tahun, yang dikategorikan sebagai perkhidmatan komersial.

Lembaran terma itu mengikat pihak-pihak dan akan membentuk asas perjanjian muktamad bagi perkhidmatan masing-masing.

“Selepas permeteraian lembaran terma itu, kedua-dua pihak hendaklah serta-merta mengadakan rundingan dengan tujuan untuk memuktamadkan dan memeterai perjanjian muktamad bagi terma terperinci yang saling dipersetujui kedua-duanya dalam tempoh empat bulan,” kata TM.

Lembaran terma yang dimeterai hari ini akan berkuat kuasa dari 28 Ogos, 2021 dan kekal sah dan efektif sehingga terma perkhidmatan 10 tahun tapak sel dioperasi terakhir berakhir melainkan ditamatkan lebih awal oleh pihak-pihak.

TM berkata, mengikut lembaran terma itu, ia akan menyediakan perkhidmatan bagi keperluan infrastruktur 5G DNB dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk mempercepat pelancaran 5G di Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.