Loji rawatan air Semenyih dibuka semula

Loji rawatan air Semenyih dibuka semula

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, tiada pencemaran dikesan selepas tiga bacaan berturut-turut.

Air Selangor berkata, bekalan air akan mula disalurkan ke kawasan terjejas secara berperingkat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Loji rawatan air (LRA) Semenyih dibuka semula selepas ditutup pagi tadi akibat pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Dalam catatan di Twitter, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, LRA itu dibuka semula 12.30 tengah hari tadi, selepas bau ambang sifar direkodkan pada sumber air mentahnya.

Beliau berkata, bacaan pencemar tahap sifar di loji itu direkodkan tiga kali berturut-turut.

“Terkini: Tiga bacaan telah catatkan 0 ton di LRA Semenyih, justeru LRA telah beroperasi semula jam 12.30 tengah hari tadi.

“Terima kasih @luas_selangor & @air_selangor yang tangani hal ini secara pantas. Ambil masa kurang empat jam untuk selesai,” kata Amirudin.

Media Selangor melaporkan bekalan air akan mula disalurkan ke kawasan terjejas secara berperingkat.

Awal hari ini, 463 kawasan di Selangor dan Putrajaya dilaporkan bakal menghadapi gangguan air berikutan penutupan loji rawatan air berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.