‘Ghaib’ selepas bida aset Sajat, lelaki disahkan pembantu usahawan kosmetik terkenal

‘Ghaib’ selepas bida aset Sajat, lelaki disahkan pembantu usahawan kosmetik terkenal

Peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata tindakan pembida terbabit mempermainkan proses lelongan sama seperti menghina dan mempermainkan arahan mahkamah.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki ‘menghilangkan diri’ dan gagal membuat pembayaran berjumlah RM132,000 selepas berjaya membida aset milik Sajat di Kota Damansara. (Gambar Instagram)
PETALING JAYA:
Lelaki yang berjaya membida sebahagian barangan milik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat, disahkan pembantu peribadi seorang usahawan kosmetik bergelar Datuk Seri.

Menurut peguam, Nurul Hafidzah Hassan, identiti individu bernama Mohammad Syazwan itu disahkan sendiri oleh usahawan terbabit.

“Namanya Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol. Saya tidak tahu dia siapa tapi dalam Facebook ada beritahu (maklumat pembida ada kaitan dengan usahawan kosmetik).

“Malah usahawan itu sendiri cakap yang lelaki itu adalah pembantu peribadinya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Semalam, media melaporkan lelaki terbabit “menghilangkan diri” dan gagal membuat pembayaran berjumlah RM132,000 selepas beredar dari kediaman Sajat di Kota Damansara dengan alasan untuk mengeluarkan wang.

Terdahulu, dia berjaya membida set barangan di ruang dapur, ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas kediaman dua tingkat milik usahawan itu menerusi proses lelongan, semalam.

Selain itu, Hafidzah berkata, tindakan pembida terbabit yang mempermainkan proses lelongan adalah sama seperti menghina dan mempermainkan arahan mahkamah.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan untuk menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil terhadap pembida itu.

“Kami belum putuskan nak buat apa. Baru nak berbincang dan fikirkan apa tindakan lanjut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.