Bot bawa PATI karam, 10 lemas, 29 masih hilang

Bot bawa PATI karam, 10 lemas, 29 masih hilang

Menurut bomba 10 mangsa disahkan meninggal dunia, 21 ditemui selamat, manakala 29 lagi masih hilang.

Bot pancung yang membawa 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) dilapor karam akibat cuaca buruk di Tanjung Balau, Johor sekitar 4.30 pagi tadi. (Gambar APMM)
PETALING JAYA:
Sekurang-kurangnya 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas, manakala 29 lagi dilaporkan hilang selepas bot pancung dinaiki mereka karam di Tanjung Balau, dekat Kota Tinggi, pagi tadi.

Pengarah Maritim Johor, Nurul Hizam Zakaria, berkata dalam kejadian 4.30 pagi itu, 10 mangsa disahkan meninggal dunia, 21 ditemui selamat, manakala 29 mangsa lagi belum ditemui.

“Pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan kejadian daripada bomba mengenai penemuan bot tersebut bersama PATI di pantai Tanjung Balau,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Nurul Hazim berkata, Maritim Malaysia mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada 8.50 pagi tadi dan mengatur gerak pesawat AW 139 AGUSTA, kapal KM TEGAS dan bot PETIR 50 bagi mengesan dan mencari baki mangsa terlibat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.