
Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang mengkaji untuk melihat sama ada pelajar dalam kelompok lain yang masih digilirkan dibenarkan ke sekolah.
“Begitu juga murid-murid di sekolah rendah. Kita juga sedang melihat perkara ini dan kita akan perincikan perkara ini dalam masa terdekat,” katanya semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) 2022 peringkat jawatankuasa KPM di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, beliau berkata lebih 90% pelajar sekolah menengah melibatkan kelas peperiksaan yang telah divaksin boleh ke sekolah tanpa penggiliran apabila sesi persekolahan dibuka semula pada Januari tahun depan.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama KKM.