PRN Sarawak: DAP dakwa 2,000 pengundi DUN Stakan pindah tempat mengundi

PRN Sarawak: DAP dakwa 2,000 pengundi DUN Stakan pindah tempat mengundi

Semua pengundi diminta membuat semakan supaya tidak tersalah tempat mengundi pada 18 Dis ini.

DUN Stakan menyaksikan pertembungan empat penjuru antaranya GPS, DAP, PSB dan PBK. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
DAP mendakwa seramai 2,000 pengundi di pusat mengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan telah dipindahkan.

Justeru, calon DAP, Leslie Ting Xiang Zhi meminta semua pengundi membuat semakan pusat mengundi masing-masing bagi mengelak kekeliruan pada hari pengundian 18 Dis ini.

Menerusi satu kenyataan media, beliau memaklumkan semakan itu penting bagi memastikan semua pengundi tidak tersalah tempat mengundi.

“Selagi kita memakai topeng dan mengekalkan jarak sosial, lebih selamat keluar mengundi daripada duduk di kedai kopi atau pasar raya yang sesak.” katanya menurut laporan The Borneo Post.

Katanya, pusat mengundi yang dipindahkan itu termasuk mereka yang pada asalnya mengundi di Perpustakaan Desa Taman Samarindah.

Beliau berkata, mereka yang mengundi di sana dikehendaki mengundi di Sekolah Kebangsaan St Martin yang baru dibuka di belakang pasar basah di Bandar Riyal, Kota Samarahan.

Pengundi yang membuang undi di Dewan Persatuan Masyarakat Jalan Muara Tuang, perlu mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen, bersebelahan berek di Batu 8, di Jalan Kuching-Serian.

Kerusi Stakan menyaksikan pertembungan empat penjuru antaranya Hamzah Brahim dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) Hamzah Brahim ; Ting; George Young dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang Atet Dego.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.