5 individu didakwa persenda OKU sudah diambil keterangan

5 individu didakwa persenda OKU sudah diambil keterangan

Kesemua mereka berusia lingkungan 30-an memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, jam 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata mereka selesai memberi keterangan pada 8 malam tadi termasuk seorang wanita yang bertindak merakam video berkenaan.
KUALA LUMPUR:
Polis telah mengambil keterangan dua lelaki dan tiga wanita hari ini bagi membantu siasatan kes mempersendakan golongan orang kurang upaya (OKU) serta menyalahgunakan kemudahan golongan itu yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata kesemua mereka berusia lingkungan 30-an memberi keterangan pada kira-kira 2 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini.

“Kesemua mereka yang terlibat dalam dua video tular berasingan selesai memberi keterangan pada 8 malam tadi termasuk seorang wanita yang bertindak merakam video berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rabu lalu, tular dua video masing-masing memaparkan tindakan dua lelaki berlagak sebagai OKU dan mempersendakan tempat letak kereta OKU di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Sementara satu lagi video memaparkan dua wanita bertindak menyalahgunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak selain bertindak mengajuk perbuatan seolah-olah mereka adalah OKU fizikal yang tempang.

Sebelum ini, Presiden OKU Sentral Senator Ras Adiba Radzi membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang menyalahgunakan kemudahan yang dikhaskan untuk golongan OKU.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.