
Insiden pertembungan dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa yang baru pulang dari menangkap ikan dalam perjalanan masuk ke Sungai Tok Kuning manakala bot yang dinaiki dua lagi nelayan dalam perjalanan keluar kira-kira 10 malam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis Ruhisha Haris berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden terbabit pada 11.40 malam dan melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hingga 2 pagi.
“Operasi dihentikan pada 2 pagi kerana keadaan gelap dan disambung 8.30 pagi ini. Operasi melibatkan 20 anggota dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM),” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dua nelayan yang menaiki bot dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.