
Pengasas Movement for Change Sarawak (MOCS) Francis Paul Siah berkata, NGO itu akan menyokong calon dengan kredibiliti yang melayakkan mereka mendapat undi rakyat.
“Jangan hanya undi mengikut parti, tetapi nilai calonnya,” Siah memberitahu pengundi dalam wawancara dengan FMT.
Siah berkata, penting bagi pengundi untuk mendasarkan penilaian mereka terhadap calon atas kenyataan yang dibuat dan penglibatan mereka dalam masyarakat setempat.
Jika parti politik tidak meletakkan calon yang tepat katanya, rakyat harus “mengajar mereka” dengan tidak mengundi.
Siah menyampaikan surat sokongan kepada calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang See Chee How semalam, iaitu calon keempat PRN yang memperoleh penghormatan itu.
MOCS sebelum ini menyatakan sokongan kepada calon Lambir, Zulhaidah Suboh; calon Mulu, Roland Engan daripada PKR; dan penyandang kerusi DUN Piasau, Sebastian Ting daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Siah berkata, kumpulan itu akan turut menyatakan sokongan kepada calon-calon daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bumi Kenyalang (PBK) and DAP.
Rakyat Sarawak keluar mengundi pada 18 Dis, dengan pengundian awal akan dijalankan pada 14 Dis.