
“Terdapat lebih banyak permintaan daripada bekalan. Sebab itu kita bawa masuk bekalan dan berharap di peringkat runcit akan menurun (harga) kerana ada persaingan lebih banyak bekalan ayam,” katanya selepas majlis penyampaian anugerah Malaysia Excellence Business (MEBA 2021), malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan keputusan kerajaan membawa masuk ayam sejuk beku dari luar negara bagi memberi pilihan harga lebih murah kepada pengguna.
Nanta berkata, kerajaan berusaha mengawal harga ayam melalui harga maksimum di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).
Harga maksimum ayam standard ditetapkan pada RM9.30 sekilogram bagi jualan runcit dan RM8 sekilogram untuk pemborong di Semenanjung kecuali Langkawi.