
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata gambar acara itu dilihat “mengerikan” ketika ribuan orang ramai berkumpul tanpa penjarakan sosial untuk mengakses masuk ke kawasan pameran.
“Ini bukan saja tidak bertanggungjawab tetapi jenayah untuk mengumpul orang ramai dalam kumpulan yang besar ketika kita memerangi Covid-19,” katanya.
Acara yang berlangsung selama empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu mempamerkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 100 hari pertama sejak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menterinya memegang jawatan.
Timbalan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata SOP ketat telah disediakan untuk program itu.
Bagaimanapun, Santiago berkata dengan hanya mempunyai SOP tidak mencukupi dan mereka perlu memastikan ia dipatuhi dengan ketat.
“Media melaporkan ada pengunjung yang tidak memakai pelitup muka, ada kanak-kanak, malah Khairy yang selalu mengingatkan kita untuk mematuhi SOP turut hadir.”
Katanya, acara itu perlu dihentikan serta-merta memandangkan lebih ramai orang dijangka menyertai pada hujung minggu ini.
“Saya ditakut-takutkan polis kerana mengagihkan sayur-sayuran dan barangan runcit walaupun pematuhan ketat tetapi PM boleh terlepas dengan apa sahaja? Dwistandard,” katanya.