Nisbah doktor kepada penduduk hangat dibincang di Dewan

Nisbah doktor kepada penduduk hangat dibincang di Dewan

Perdebatan itu bermula dengan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali menyatakan sasaran KKM mencapai seorang doktor bagi setiap 400 rakyat menjelang 2025.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, tiada gunanya menetapkan sasaran jika Kementerian Kesihatan tidak boleh mencapainya. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Perdebatan hangat tercetus di Dewan Rakyat hari ini selepas seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) gagal mencapai sasarannya pada 2020 untuk meningkatkan jumlah doktor.

Ia bermula dengan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali menyatakan sasaran KKM ialah seorang doktor untuk setiap 400 warganegara menjelang 2025.

Tahun depan katanya, KKM menyasarkan seorang doktor bagi setiap 425 orang.

Teo Nie Ching (PH-Kulai) kemudiannya berkata, sasaran seorang doktor bagi setiap 400 orang dirangka pada 2015 dan ditetapkan untuk dilaksanakan pada 2020.

Kini katanya, rancangan itu ditangguhkan ke 2025.

Teo berkata, di kawasan Parlimennya Kulai, terdapat 320,000 penduduk dan hanya seorang doktor bagi setiap 500 orang.

“Kenapa menetapkan sasaran jika tidak boleh mencapainya?” katanya.

Teo turut membangkitkan isu doktor kontrak yang boleh diambil untuk mencapai sasaran itu.

“Terdapat begitu ramai doktor kontrak, tetapi KKM gagal mencapai sasarannya.”

Ahmad Maslan (BN-Pontian) turut bertanyakan langkah untuk menangani masalah yang dihadapi doktor kontrak dan kekurangan pakar.

Azmi dalam responsnya berkata, kerajaan sudah menggariskan beberapa langkah untuk meningkatkan latihan kepakaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.