Tanding bebas, nasib Ali Biju masih dalam perbincangan, kata Wan Saiful

Tanding bebas, nasib Ali Biju masih dalam perbincangan, kata Wan Saiful

Ali Biju yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli bertanding atas tiket Bebas di DUN Krian.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata parti itu masih dalam perbincangan berhubung tindakan akan dikenakan terhadap Ali Biju.
KUALA LUMPUR:
Keputusan mengenai nasib Ali Biju dalam Bersatu masih dalam perbincangan, selepas Naib Presiden Bersatu Sarawak itu membuat keputusan bertanding pada pilihan raya negeri ke-12 (PRN12), atas tiket Bebas.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, memberitahu Bernama bahawa kenyataan rasmi berhubung perkara itu dijangka dikeluarkan parti petang ini.

Sebelum ini Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, mengesahkan bahawa parti itu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak 18 Dis ini, dan susulan tindakan Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu untuk tetap bertanding, menimbulkan teka-teki mengenai tindakan akan diambil oleh parti terhadapnya.

Ali yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian semalam, sah bertanding sebagai calon Bebas dalam usaha mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga pada PRN12 Sarawak.

Ahli Parlimen Saratok berusia 53 tahun itu memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.