
Katanya, rakyat Johor tetap berbangga dengan pencapaian yang dilakar pasukan JDT dan pihaknya tidak berasa kecil hati kerana memahami dalam sukan bola sepak pasti akan ada pihak yang menang dan kalah.
“Walaupun tidak berjaya, ada Menteri Besar seorang itu tidak perlulah nak bising-bising. JDT ini tidak terasa apa pun kerana bola itu bulat, boleh menang dan boleh kalah. Tapi tidak perlulah si polan itu nak berbesar hati kerana JDT tidak berjaya dalam perlawanan akhir baru-baru ini.
“Tapi kita orang Johor tetap berbangga dengan JDT, ia tetap menjadi satu pasukan yang ulung dalam negara, selalunya bila JDT main, satu negara akan sokong yang lawan JDT. Jadi kita bukan lawan KL City tapi kita lawan Malaysia,” katanya menurut laporan Utusan.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kebun Bandar di Taman Impian Emas, Johor Bahru.
Pada perlawanan akhir itu, KL City mengejutkan JDT hasil jaringan pertama hasil sentuhan Zhafri Yahya pada minit ke-66 dan diikuti jaringan kedua oleh kapten KL City, Paulo Josue pada minit ke-74.
Zhafri juga dinobatkan sebagai pemain terbaik pada perlawanan penutup tirai Liga Malaysia musim ini.
Selepas perlawanan akhir itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang juga Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor Muhammad Sanusi memuat naik status dalam Facebooknya seolah-olah menyindir skuad Harimau Selatan itu.