
PETALING JAYA: Seorang warga Indonesia meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 1 Hospital Sibu di Sarawak, malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat, berkata buruh kilang pemprosesan makanan laut itu dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19 pada 1 Dis lalu.
Katanya, lelaki itu difahamkan mengalami kemurungan dipercayai akibat tertekan selepas menghidap HIV.
Beliau berkata, ini kali kedua warga asing itu cuba membunuh diri.
“Dia meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya menurut laporan Harian Metro sambil menambah kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.