
Beliau memuat naik tangkap layar warta persekutuan itu di Twitternya hari ini, yang disifatkannya “kemenangan buat demokrasi dan belia”.
Warta itu menyatakan Yang di-Pertuan Agong menetapkan 15 Dis sebagai tarikh untuk pindaan Undi18 dikuatkuasakan.
Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri ke-12 pada 18 Dis ini.
Pindaan Perlembagaan diwartakan pada 25 Nov lalu.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi jaminan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik akan dilaksanakan sebelum 31 Dis ini atau Putrajaya akan dianggap menghina mahkamah jika gagal berbuat demikian.
Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 Sept lalu memerintahkan penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik dilaksanakan sebelum 31 Dis ini.
Cadangan pindaan itu diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019.