
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman COVIDNOW, sejumlah 98.3% populasi dewasa atau 23,028,508 individu pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, 89.7% populasi remaja atau 2,822,370 individu berusia 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 86.1%, atau 2,709,263 individu lengkap vaksinasi.
Sebanyak 135,914 dos vaksin diberikan semalam, melibatkan 8,313 dos lengkap, 4,703 dos pertama dan 122,898 dos penggalak.
Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,517,981 dos, manakala bagi dos penggalak, sebanyak 2,457,510.