
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, serbuan dijalankan pada jam 10.30 malam di premis yang terletak di Bandar Utama, di sini, kerana didapati beroperasi dalam tempoh PPN Fasa 4.
Katanya, ketika sebuan, polis mendapati premis beroperasi dalam keadaan muzik yang dipasang dengan kuat dan pelanggan sedang asyik berhibur.
“Pemeriksaan lanjut mendapati premis gagal mengemukakan lesen perniagaan pusat hiburan dan lesen menjual minuman keras
“Hasil ujian saringan air kencing ke atas 94 pelanggan warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 57 tahun dan dua lelaki positif dadah jenis ketamin,” katanya menurut laporan Harian Metro
Mohamad Fakhrudin, dua pelanggan itu ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Polis mengeluarkan kompaun mengikut Peraturan 17(2) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) no.3) 2021 sebanyak RM10,000 ke atas pemilik premis kerana menjalankan perniagaan pusat hiburan ketika PPN Fasa 4.
“Kesemua 94 pelanggan pula dikompaun mengikut Peraturan 17(1) PPPPB (no.3) 2021 sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 76(1) Akta Eksais dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor.