
Mangsa dikenali sebagai Wilton Callos, 4, dan rakannya Medical Micaella, 10.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau Mohd Alias Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.16 petang sebelum lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, mereka melakukan pencarian dua kanak-kanak itu di permukaan lombong sebelum kedua-duanya ditemui oleh bapa kepada salah seorang mangsa pada jarak kira-kira 1.2 meter dari tebing.
“Kedua-dua mangsa kemudiannya diberikan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan namun tiada tindak balas,” katanya dalam kenyataan di sini, lewat malam tadi.
Alias berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) milik anggota tentera dan operasi ditamatkan pada jam 7.28 malam.